Friday, 12 April 2013

Jual starter microworm area kedah






ok,,

pada sesape nk mndapatkan microworm area kedah... boleh laa dtg kt kepala batas jitra.. dekat dgn lapangan terbang yeww... starter dia mmng ssh nk dpt.. kalau nk.. PM aq..

Microworm adalah ulat yg bersaiz seni dan sesuai untuk anak-anak ikan yang baru menetas dan sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan nematod sebagai makanan ikan mereka. Nematod nie makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie betul-betul selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.
 Microworm boleh dihasilkan terus tapi untuk yang berbentuk serbuk campur sedikit air dan gaul sebelum  menghasilkan microworm.

Monday, 25 March 2013

ikan laga mengawan

ni ikan laga aku... nmpak.. dye tngah adjust betina tu.. hahaha

ikan naga mata merah


ni ikan albino aku.. hahaha.. wrna pink tu.. haa.. nampak macam baik.. tapi ganas tu.. dye tergolong dalam keturunan naga tau... haha.. kalau kat kedai.. cakap ,.. '' kak.. nak beli ikan naga.. haaa,.. xsusah pun nak dpt.. banyak ikan jenis albino ni kat kedai2 ikan hiasan...
aku beli ikan ni pun.. sebab ikan  ni mmng lasak tau .. hahaha ! ikan ni.. boleh dikatakan makan apa jee... bg je.. semua dye mkn... cengkerik ke... nudget ke.. hahaha... tp .. aku bagi makanan khas utk dye
 
haaa.. ni lah ulat yang aku bagi tuu ...tp.. kne slalu tukar2  laa.. cth ank ikan ke.. cengkerik ke... sbb nk bg dye selera makan ... kalau makanan sama je.. bosan gak dye nk makan...




Sunday, 24 March 2013

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA PEMBIAKAN IKAN BETTA



1.   Jika induk betina belum bersedia untuk mengawan, induk jantan akan mencederakanya
      sehingga mati. Jika induk jantan belum bersedia menerima induk betina atau sarang buihnya
      belum siap, ia juga akan bertindak ganas terhadap betina.

2.   Sebaliknya jika induk betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, induk betina pula akan
      bertindak agresif terhadap si jantan. Sekiranya si jantan masih belum menyiapkan sarangnya
      kadang kala induk betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh induk jantan.

3.   Untuk memilih induk jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapat buih didalam bekasnya
      sementara induk betina dipilih dari jenis yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna
      menarik dan memberansangkan.

Jadual pembiakan ikan laga

hari ni .. aku nak creat satu jadual.. untuk pembiakan ikan laga ni.. aku buat ni.. supaya.. memudahkan pembaca untuk menghasilkan anak ikan laga yg sihat.. :) aku buat ni pun.. sebab aku bru nak mula buat .. :) nanti senang.. aq usha2 sini je.. huhu..

1.  Pra Pembiakan (Conditioning)
    
         first skali.. korang kne beli laa ikan laga .. jantan ngn betina yerr..Induk jantan dan induk betina       diasingkan, seekor ikan jantan dipelihara di dalam sebuah bekas
sementara betina didalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makana boleh diberi tetapi      
keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, 'tubifex worm' atau 'blood worm'.. aku pakai bloodworm.. sebab.. blood worm ni lasak .. dan cepat membiak.. heheheh
 .
2.  Penyediaan tangki pembiakan 
 
     Tangki berukuran 15 inci x 10inci x 8inci adalah memadai. tangki diisi separuh penuh dengan
     air paip atau hujan yang telah diheningkan
                                                                                                                                                 
     Dibahagian dalam tangki diletakkan satu keratan paip Tee PVC 2inci untuk induk betina 
     bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif. Elok sekiranya ditambah sedikit air daun 
     ketapang @ ekstraknya.
                                                                                                                                                                       
3.  Mencampurkan induk
 .
     Mula-mula induk jantan dimasukkan kedalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina
     sarang buih, ini menunjukkan kesediaannya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini
     ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan kedalam tangki pembiakan
     untuk merangsangkan ikan jantan.

4.  Membuat Sarang Buih

     Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan
     satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini akan
     bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang.

     Pada permulaan perkenalan  induk jantan dan induk betina akan bergaduh, sehingga satu
     ketika kedua-dua induk tersebut telah bersedia untuk mengawan, ianya akan berada dibawah
     sarangnya dan mulai mengawan.

     Perubahan ton warna seakan-akan berbelang pada induk betina, merupakan tanda bahawa
     induk tersebut sudah bersedia untuk mengawan.


5. Proses Persenyawaan

    Semasa mengawan induk jantan dan betina akan membelitkan badan antara satu sama lain.
    Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang
    dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
    Telur yang tersenyawa tenggelam kedasar tangki. Telur tersebut dipungut  oleh ikan jantan
    dan dimasukkan kedalam sarang buih. buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan.
    Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 2 jam.

6. Penjagaan Telur

    Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina tidak diperlukan lagi dan hendaklah segera
    dikeluarkan dari tangki pembiakan untuk dirawat kerana apabila selesai mengawan induk jantan
    tidak membenarkan induk betina menghampiri sarang@buih yang mengandungi telur itu tadi.
    Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry

    Telur menetas selepas 24 - 30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina
    semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula kedalam
    sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberikan makanan.
 
    Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air hijau
    (green water) yang boleh didapati dari air kolam ternakan ikan talapia/ keli yang telah lama.
    Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas.
    Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan berkhasiat seperti larutan telur kuning (hanya
    sedikit sahaja).

    Fry yang berumur 7 hingga 10 hari perlu dipindahkan ketangki pemeliharaan yang lebih besar
    untuk pembesaran. Makanan yang perlu diberi ialah moina atau "blood worm" yang dicincang.
    Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan

    Setelah anak-anak betta berumur 3 bulan, ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan
    secara individu di dalam botol. Ikan betina pula boleh dipelihara dalam tangki secara komoniti.
    Untuk penghasilan secara komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang
    banyak untuk menyimpan jantan.