1. Pra Pembiakan (Conditioning)
first skali.. korang kne beli laa ikan laga .. jantan ngn betina yerr..Induk jantan dan induk betina diasingkan, seekor ikan jantan dipelihara di dalam sebuah bekas
sementara betina didalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makana boleh diberi tetapi
keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, 'tubifex worm' atau 'blood worm'.. aku pakai bloodworm.. sebab.. blood worm ni lasak .. dan cepat membiak.. heheheh
.
2. Penyediaan tangki pembiakan
Tangki berukuran 15 inci x 10inci x 8inci adalah memadai. tangki diisi separuh penuh dengan
air paip atau hujan yang telah diheningkan
air paip atau hujan yang telah diheningkan
Dibahagian dalam tangki diletakkan satu keratan paip Tee PVC 2inci untuk induk betina
bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif. Elok sekiranya ditambah sedikit air daun
ketapang @ ekstraknya.
3. Mencampurkan induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan kedalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina
.
sarang buih, ini menunjukkan kesediaannya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini
ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan kedalam tangki pembiakan
untuk merangsangkan ikan jantan.
4. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan
satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini akan
bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang.
Pada permulaan perkenalan induk jantan dan induk betina akan bergaduh, sehingga satu
ketika kedua-dua induk tersebut telah bersedia untuk mengawan, ianya akan berada dibawah
sarangnya dan mulai mengawan.
Perubahan ton warna seakan-akan berbelang pada induk betina, merupakan tanda bahawa
induk tersebut sudah bersedia untuk mengawan.
5. Proses Persenyawaan
Semasa mengawan induk jantan dan betina akan membelitkan badan antara satu sama lain.
Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang
dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
Telur yang tersenyawa tenggelam kedasar tangki. Telur tersebut dipungut oleh ikan jantan
dan dimasukkan kedalam sarang buih. buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan.
Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 2 jam.
6. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina tidak diperlukan lagi dan hendaklah segera
dikeluarkan dari tangki pembiakan untuk dirawat kerana apabila selesai mengawan induk jantan
tidak membenarkan induk betina menghampiri sarang@buih yang mengandungi telur itu tadi.
Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.
7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24 - 30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina
semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula kedalam
sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberikan makanan.
Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air hijau
(green water) yang boleh didapati dari air kolam ternakan ikan talapia/ keli yang telah lama.
Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas.
Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan berkhasiat seperti larutan telur kuning (hanya
sedikit sahaja).
Fry yang berumur 7 hingga 10 hari perlu dipindahkan ketangki pemeliharaan yang lebih besar
untuk pembesaran. Makanan yang perlu diberi ialah moina atau "blood worm" yang dicincang.
Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.
8. Pengasingan / Pembotolan
Setelah anak-anak betta berumur 3 bulan, ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan
secara individu di dalam botol. Ikan betina pula boleh dipelihara dalam tangki secara komoniti.
Untuk penghasilan secara komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang
banyak untuk menyimpan jantan.
tq
ReplyDeleteikan betina matang umur berapa bulan..macamana nak tau ikan dah sedia untuk mengawan?? atau bila perut ikan betina dah buncit baru boleh kawinkan.?..lepastu ikan ni boleh mengawan berapa lama sekali..maksudnya macam berapa bulan sekali baru ada telur baru..?
ReplyDeleteair untuk ikan ni boleh ke guna air semulajadi contoh mcm air takungan hujan atau air kolam ikan ternak tu..dekat ngan kawasan sy ada kolam jernih ada ikan talapia dan mcm2 jenis ikan..boleh ke gunakan air tu..warna air tu hijau jernih..
ReplyDeleteSelepas bg mereka mengawan ambk msa berpa lama pula utk mengawan semula
ReplyDelete