Pada 28 November 2012, pegawai
MADA membawa saya melawat di kawasan
tanaman padi hibrid. Masa lawatan lebih kurang 10.00am – 1.00pm.kawasan
tersebut di Alor sekawan pendang Kedah. Pengusaha yang mengusaha tanaman padi
hibrid ini dikenali sebagai Pak Tam di bawah projek NKEA.Beliau mengusahakan
tanaman ini seluas 64 relong. Jenis padi hibrid ini ialah K1K2.
Saya difahamkan, kelebihan yang
terdapat pada padi hibrid ini ialah:
·
Boleh dituai dalam masa 90 hari.
·
Pangkal padi yang bewarna unggu.
·
Speseis pokok yang rendah dari varieti lain.
Air sawah padi kelihatan bewarna
hijau pekat dan agak likat disebabkan oleh tindak balas mikroorganisme terhadap
baja organik.
Pada tarikh yang sama, saya
melawat di pusat latihan MADA di Kota Sarang Semut, Alor Star Kedah. Di pusat
latihan ini, terdapat sawah khas yang disediakan oleh MADA untuk aktiviti
penyelidikan dan latihan penanaman padi.Di tempat ini, saya mendapati, pusat
Nuklear Malaysia membuat satu kajian dalam penanaman padi di sawah yang tidak
mengandungi air.Hal ini bertujuan atas dasar tertentu oleh pihak berkenaan.Saya
tidak diberikan maklumat berkenaan atas isu-isu tertentu.
No comments:
Post a Comment