27 November 2012, pegawai MADA
mengarahkan kami untuk mengikuti beliau untuk membuat aktiviti pemantauan di
Wilayah II Jitra. Kami akan berada di kawasan PPK C2, Sematang Kerpen dan
PPKA2, Kodiang. Kami di fahamkan pemantauan ini akan dibuat seminggu sekali di
kawasan-kawasan yang ditetapkan.
Pegawai yang terlibat ialah
seramai 2 orang iaitu En.Badri dan En.Mazlan dalam pemantauan projek NKEA.
Perjalanan kami mengambil masa 30
minit dari Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.
Tujuan pemantauan ini dibuat adalah
untuk mendapatkan maklumat semasa dari pengurus PPK masing-masin. Segala
keperluan yang diperlukan oleh wakil PPK akan direkodkan oleh wakil pegawai Ibu
Pejabat MADA yang telah hadir.
Laporan pemantauan:
1. PPK-A2-Kodiang:
-
Keluasan padi 149.624ha
-
Peladang yang terlibat di bawah PPK seramai 73
orang
-
Benih varieti yang digunakan ialah CL2
-
Pengurus PPK yang terlibat ialah En. Omar bin
Yaacob
-
Masalah yang dihadapi :
o
Serangan penyakit dari bena merah dan penyakit
karah
o
Tiada masalah pengairan
1. PPK-C2- Sematan Kerpen
-
Keluasan padi 38.721ha
-
Peladang yang terlibat di bawah PPK seramai 11
orang
-
Benih varieti yang digunakan ialah CL2
-
Pengurus PPK yang terlibat ialah En. Amirul
-
Masalah yang dihadapi :
o
Tiada masalah pengairan
hidup peladang berjaya!!!nanti kita buat wedding kat sawah ya!!!!ahhahahaaahhaaa.....org kedah kena buli maaa...hehehe
ReplyDelete