Pada hari pertama untuk menjalani latihan industri di MADA, saya diminta untuk melaporkan untuk melaporkan diri di MADA Kota Sarang Semut, Alor Star, Kedah pada jam 9.00am. seorang pegawai memberi beberapa penerangan dalam melakukan latihan industri. Ia menegaskan tentang etika sepanjang menjalani latihan industri. Etika tersebut dari sudut penampilan, pemakaian serta tingkah laku sepanjang saya menjalani latihan indutri.
Saya dimaklumkan bahawa, saya ditempatkan di bahagian industri padi di Ibu Pejabat Ampang Jajar, Alor Star, Kedah.
Saya ke Ibu pejabat MADA yang telah ditetapkan oleh saya untuk melapor diri.Pegawai MADA mengarahkan kami supaya memperkenalkan diri kepada semua seksyen di bawah bahagian industri padi.
Walau bagaimanapun, saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan penyelia yang akan menguruskan saya. Namun, saya berkesempatan untuk mendengar pegawai yang terdapat di sini.
Saya diminta untuk mengetahui carta organisasi MADA di bahagian padi. Di bahagian padi ini, mempunyai 3 cawangan:-
1. Cawangan pembangunan teknologi.
a. Seksyen kesuburan tanah dan tanaman.
b. Seksyen demontrasi dan inovasi teknologi.
2. Cawangan organisasi pengembangan.
a. Seksyen pengembangan dan pemantauan.
b. Seksyen agronomi.
c. Seksyen perlindungan tanaman.
3. Cawangan operasi perladangan.
a. Seksyen pembangunan bekalan input.
b. Seksyen estet padi.
c. Seksyen ladang dan logi benih.
Carta organisasi ini diterangkan oleh Pn. Azzuraini Che Mohd Azfar.
encik nak tanya macam mana nak apply mada ya intern
ReplyDeletehi,saya dapat intern kat mada,awak call no ni 047312167, kemudian bila dah dapat call awak boleh send borang2 awakkat emel ni komplekslatihanmada@gmail.com
DeleteKos apa yang selalunya boleh apply MADA ni?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSelalunya lama ke nak tahu jawapan permohonan kita diterima/tidak. Saya ada call pgawai tu and dia ckap dia akan tanya dahulu pihak HQ samada memerlukan pelajar intern atau tidak.
ReplyDelete