Sunday, 2 December 2012

Laporan latihan industri - (melawat kawasan padi hibrid 2 - 28 November 2012)

                   Pada 28 November 2012, pegawai MADA  membawa saya melawat di kawasan tanaman padi hibrid. Masa lawatan lebih kurang 10.00am – 1.00pm.kawasan tersebut di Alor sekawan pendang Kedah. Pengusaha yang mengusaha tanaman padi hibrid ini dikenali sebagai Pak Tam di bawah projek NKEA.Beliau mengusahakan tanaman ini seluas 64 relong. Jenis padi hibrid ini ialah K1K2.
Saya difahamkan, kelebihan yang terdapat pada padi hibrid ini ialah:
·         Boleh dituai dalam masa 90 hari.
·         Pangkal padi yang bewarna unggu.
·         Speseis pokok yang rendah dari varieti lain.



Air sawah padi kelihatan bewarna hijau pekat dan agak likat disebabkan oleh tindak balas mikroorganisme terhadap baja organik.




Pada tarikh yang sama, saya melawat di pusat latihan MADA di Kota Sarang Semut, Alor Star Kedah. Di pusat latihan ini, terdapat sawah khas yang disediakan oleh MADA untuk aktiviti penyelidikan dan latihan penanaman padi.Di tempat ini, saya mendapati, pusat Nuklear Malaysia membuat satu kajian dalam penanaman padi di sawah yang tidak mengandungi air.Hal ini bertujuan atas dasar tertentu oleh pihak berkenaan.Saya tidak diberikan maklumat berkenaan atas isu-isu tertentu.


Laporan latihan industri - (laporan pemantauan wilayah 2 - 27 November 2012)

          27 November 2012, pegawai MADA mengarahkan kami untuk mengikuti beliau untuk membuat aktiviti pemantauan di Wilayah II Jitra. Kami akan berada di kawasan PPK C2, Sematang Kerpen dan PPKA2, Kodiang. Kami di fahamkan pemantauan ini akan dibuat seminggu sekali di kawasan-kawasan yang ditetapkan.
Pegawai yang terlibat ialah seramai 2 orang iaitu En.Badri dan En.Mazlan dalam pemantauan projek NKEA.
Perjalanan kami mengambil masa 30 minit dari Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.
Tujuan pemantauan ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat semasa dari pengurus PPK masing-masin. Segala keperluan yang diperlukan oleh wakil PPK akan direkodkan oleh wakil pegawai Ibu Pejabat MADA yang telah hadir.
Laporan pemantauan:

1.       PPK-A2-Kodiang:
-          Keluasan padi 149.624ha
-          Peladang yang terlibat di bawah PPK seramai 73 orang
-          Benih varieti yang digunakan ialah CL2
-          Pengurus PPK yang terlibat ialah En. Omar bin Yaacob
-          Masalah yang dihadapi :
o   Serangan penyakit dari bena merah dan penyakit karah
o   Tiada masalah pengairan








1.       PPK-C2- Sematan Kerpen
-          Keluasan padi 38.721ha
-          Peladang yang terlibat di bawah PPK seramai 11 orang
-          Benih varieti yang digunakan ialah CL2
-          Pengurus PPK yang terlibat ialah En. Amirul
-          Masalah yang dihadapi :
o   Rumpai (Rumput keli)
o   Tiada masalah pengairan





Laporan latihan industri - (kempen kawalan tikus - 25 November 2012)


Kempen kawalan tikus di kawasan Muda peringkat wilayah 3, MADA, Pendang.
Ialanya merupakan projek estet padi pengurusan secara berpusat oleh PPK(pertubuhan peladang kawasan) di bawah program utama ekonomi negara NKEA.
Bilangan pesrta yang terlibat:
         i.            25 pesrta projek yang dibahagikan kepada 5 kumpulan.
       ii.            25 orang pegawai MADA
      iii.            50 peladang luar projek
Peralatan:
1.       Cangkul
2.       Racun (wafarin)
3.       Batang kayu
4.       Pam booster



Pegawai terlibat memberikan beberapa taklimat serta menerangkan tentang masalah tikus ini adalah penyebab hasil keluaran padi di Malaysia merosot.


Mereka bertungkus-lumus memburu tikus. Sambil memburu, semak-semak dan sarang-sarang tikus di bersihkan supaya dapat mengurangkan kadar pembiakkan tikus di kawasan padi.


Terdapat banyak lubang iaitu sarang tikus.Mujur ada alat booster yang boleh membantu menyembur racun di dalam lubang tersebut.


Gambar ini menunjukkan penggunaan alat penyembur ''booster''  untuk memudahkan aktiviti menyembur racun di dalam sarang tikus. Racun itu akan terkena pada bulu tikus. Oleh itu, tikus akan menjilat bulunya akan menyebabkan tikus tersebut panas dan akan mati atau keluar dari sarang tersebut. Apabila tikus tersebut keluar, mereka akan membunuh tikus tersebut dengan serta merta.
Kami mendapat pengalaman bersama-sama orang kampung dalam menyelesaikan masalah tikus ini. Kami percaya, perosak ini akan menyebabkan penurunan dalam pengeluaran hasil tanaman padi. Ia sangat penting untuk dikawal kerana, beras merupakan tanaman keselamatan di Malaysia.Teori sahaja ditak membantu dalam meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan tanaman padi.Kami bertuah kerana dapat meningkatkan kemahiran melalui tunjuk ajar secara praktikel dan pengalaman. Ini kerana, pengalaman akan lebih mendewasakan pemikiran kita.


Racun yang digunakan dalam pengurusan kawalan tikus.


Program ini dirasmikan oleh, YB. Dato’ Suraya Binti Yaacob (adun Sungai Tiang).


Hasil tangkapan terbanyak ialah 12 ekor.Ia dimenangi oleh kumpulan Helang FC yang diketuai oleh En. Suhaimi B. Lazim.


Laporan latihan industri - (lapor diri-19 November 2012)



Pada hari pertama untuk menjalani latihan industri di MADA, saya diminta untuk melaporkan untuk melaporkan diri di MADA Kota Sarang Semut, Alor Star, Kedah pada jam 9.00am. seorang pegawai memberi beberapa penerangan dalam melakukan latihan industri. Ia menegaskan tentang etika sepanjang menjalani latihan industri. Etika tersebut dari sudut penampilan, pemakaian serta tingkah laku sepanjang saya menjalani latihan indutri.
Saya dimaklumkan bahawa, saya ditempatkan di bahagian industri padi di Ibu Pejabat Ampang Jajar, Alor Star, Kedah.
Saya ke Ibu pejabat MADA yang telah ditetapkan oleh saya untuk melapor diri.Pegawai MADA mengarahkan kami supaya memperkenalkan diri kepada semua seksyen di bawah bahagian industri padi.
Walau bagaimanapun, saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan penyelia yang akan menguruskan saya. Namun, saya berkesempatan untuk mendengar pegawai yang terdapat di sini.
Saya diminta untuk mengetahui carta organisasi MADA di bahagian padi. Di bahagian padi ini, mempunyai 3 cawangan:-
1.       Cawangan pembangunan teknologi.
a.       Seksyen kesuburan tanah dan tanaman.
b.      Seksyen demontrasi dan inovasi teknologi.
2.       Cawangan organisasi pengembangan.
a.       Seksyen pengembangan dan pemantauan.
b.      Seksyen agronomi.
c.       Seksyen perlindungan tanaman.
3.       Cawangan operasi perladangan.
a.       Seksyen pembangunan bekalan input.
b.      Seksyen estet padi.
c.       Seksyen ladang dan logi benih.
Carta organisasi ini diterangkan oleh Pn. Azzuraini Che Mohd Azfar.
Saya akan ditempatkan disemua seksyen mengikut mingguan.(jadual telah ditetapkan oleh pegawai.)